Skip to main content

Bahagian Sejarah


Selamat datang ke Bahagian Sejarah, Universiti Sains Malaysia.

Bahagian Sejarah merupakan salah satu bahagian terawal diwujudkan sebaik sahaja penubuhan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan pada tahun 1970. Sejak ditubuhkan, Bahagian Sejarah telah membuktikan kecemerlangan dalam pengajaran dan penyelidikan. Nama-nama besar yang cukup dikenali dalam bidang sejarah di Malaysia mahupun antarabangsa seperti Dr Cheah Boon Kheng, Dr R. Suntharalingam, Dr Ooi Keat Gin, Tuan Haji Abdul Rahman Haji Ismail, Dr Tan Liok Ee, Dr Badriyah Haji Salleh, Dato’ Dr Abu Talib Ahmad, Dr Ariffin Omar, Dr Leong Yee Fong, Dr Paul H. Kratoska, Dr Michael Vickery, Dr Qasim Ahmad, Dr Fadhlullah Jamil, Dr Jagjit Singh Sidhu dan Dr Yuen Choy Leng antara bekas tenaga pengajar yang menjadi pelopor kepada perkembangan Bahagian Sejarah.

Kini, ahli Bahagian Sejarah komited untuk meneruskan kecemerlangan dalam bidang pengajaran, penyelidikan dan penulisan sejarah. Ahli bahagian juga berusaha untuk memartabatkan kepentingan bidang sejarah dalam era globalisasi, bukan sahaja kepada pelajar universiti, malah kepada masyarakat umum.