Kelab Sejarah
Kelab Sejarah USM ditubuhkan untuk menyediakan satu platform bagi membolehkan pelajar di Universiti Sains Malaysia (USM) berkumpul dan berinteraksi dengan rakan-rakan lain yang mempunyai minat yang sama dalam bidang sejarah. Kelab Sejarah USM berusaha untuk menyediakan peluang kepada pelajar ijazah dasar mahupun pascasiswazah untuk terlibat sama dalam setiap aktiviti dan program yang berkaitan dengan sejarah seterusnya memberi sumbangan kepada pembangunan holistik mereka sebagai pelajar USM.
Kelas Sejarah USM juga komited untuk melibatkan semua pelajar sejarah dari pelbagai universiti, peminat sejarah dan orang awam dalam acara-acara yang berkaitan dengan bidang sejarah. Seminar Momentum Kecemerlangan Sejarah atau singkatannya MOKES merupakan salah satu acara utama anjuran Kelab Sejarah USM yang bertujuan melibatkan semua pelajar sejarah, sekolah dan masyarakat umum untuk mempelajari serta membincangkan isu-isu sejarah yang penting. Kelab Sejarah USM juga sentiasa mengalu-alukan kunjungan daripada pihak sekolah untuk bertukar pandangan dan perkongsian ilmu dengan sokongan pensyarah Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK).
Kelab Sejarah USM berhasrat untuk mewujudkan persekitaran yang memberi inspirasi, motivasi dan pencerahan kepada semua pelajar yang berminat untuk mendalami ilmu yang ditawarkan dalam bidang sejarah. Kelab Sejarah USM juga berharap setiap aktiviti yang dianjurkan menjadi forum yang ideal untuk pertukaran pendapat di samping memberi pengalaman yang berharga kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian di USM.