Bilik Arkib dan Dokumen
Bahagian Sejarah mempunyai kemudahan Bilik Arkib dan Dokumen yang terletak di aras 2, bangunan C24, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Koleksi utama yang tersimpan di Bilik Arkib dan Dokumen ialah sumber primer/pertama yang disumbangkan oleh para pensyarah Bahagian Sejarah. Antaranya Laporan Tahunan Perak (1909-1939), Laporan Tahunan Selangor (1888-1939), Laporan Tahunan Negeri Sembilan (1889-1939) dan Laporan Tahunan Pahang (1888-1939). Selain itu, terdapat juga koleksi akhbar tempatan Sarawak seperti Sarawak Tribune dan Sarawak Gazette. Koleksi terbesar yang disimpan di Bilik Arkib dan Dokumen ialah Rekod Pejabat Tanah Jajahan / Colonial Office Record (CO) yang terdiri daripada Straits Settlement Original Correspondence (CO 273), Colonial Office and Predecessors: Confidential Original Correspondence (CO 537), Federated Malay States: Original Correspondence (CO 717), Southeast Asia Department: Original Correspondence (CO 1022) dan Far Eastern Department and Successors: Original Correspondence (CO 1030) dalam bentuk PDF yang boleh dirujuk menggunakan komputer yang disediakan.