Skip to main content

Prospek Kerjaya


Pelajar yang mengkuti program sejarah didedahkan dengan tiga komponen utama iaitu pengetahuan masa lalu, kerja-kerja penyelidikan dan mensintesiskan maklumat dalam bentuk penulisan yang menjadikan mereka sangat bernilai kepada majikan dalam pelbagai bidang kerjaya. Menerusi kursus-kursus yang ditawarkan, pada pelajar dilatih untuk berfikir secara kritis merentasi pelbagai sumber dan perspektif. Selain itu, para pelajar juga didedahkan dengan pelbagai kemahiran untuk menganalisis, membuat perbandingan dan penilaian bagi membentuk pemahaman yang lebih jelas dan mendalam tentang perkembangan sesuatu perisitwa sejarah. Pendedahan ini membolehkan para pelajar memahami konteks peristiwa dan berupaya menjalankan penyelidikan, menganalisis dan mentafsir dalam membuat keputusan dan memberikan pandangan. Kemahiran ini akan membantu pelajar untuk menceburi pelbagai bidang kerjaya yang berbeza seperti:

  1. Pegawai Arkib
  2. Pegawai dan Kurator Muzium
  3. Guru dan Pensyarah
  4. Pegawai Tadbir dan Diplomatik
  5. Perunding Warisan
  6. Industri Media dan Kewartawanan
  7. Perniagaan Berasaskan Pelancongan dan Warisan
  8. Pegawai Penerbit
  9. Penyelidik Sejarah dan Warisan Profesional