Minden Journal of History and Archaeology merupakan jurnal Bahagian Sejarah yang mula diterbitkan pada tahun 2024 oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan. Sumbangan artikel daripada para sarjana adalah sangat dialu-alukan dengan pengkhususan kepada semua tema dalam bidang sejarah dan arkeologi.
Pihak jurnal menerima artikel yang mengandungi antara 6,000 hingga 12,000 patah perkataan dan mematuhi gaya penulisan yang telah ditetapkan. Artikel yang dihantar tidak boleh dalam pertimbangan/penilaian untuk penerbitan di jurnal lain pada masa yang sama, atau telah pun diterbitkan.
Semua artikel yang diterbitkan dalam Minden Journal of History and Archaeology tidak mewakili pandangan ahli sidang pengarang atau penerbit, dan setiap pandangan yang dinyatakan di dalam artikel serta ketepatan/kesahihan fakta yang dikemukakan merupakan tanggungjawab penulis.
Maklumat lanjut mengenai Minden Journal of History and Archaeology boleh layari laman sesawang jurnal https://ejournal.usm.my/mjha/index