Ijazah Sarjana Muda
Program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) bertujuan melahirkan graduan yang kaya dengan pengetahuan tentang masa lampau agar dapat memahami dan menguruskan keadaan semasa, mampu mendepani cabaran dan perkembangan kehidupan kini, serta berkebolehan merancang pembangunan masa depan. Graduan yang dilahirkan juga adalah generasi yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual untuk kemajuan negara dan masyarakat yang lestari.
Pelajar yang major dalam bidang sejarah berpeluang untuk memenangi beberapa anugerah seperti Hadiah Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia (bagi pelajar terbaik dalam bidang sejarah) dan Hadiah Buku USM Dato’ Dr. Abu Talib Ahmad (untuk pelajar tahun akhir terbaik bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan Kepujian.
Kursus yang ditawarkan dalam bidang ini dibahagikan kepada Peringkat 100, Peringkat 200 dan Peringkat 300 mengikut tahun pengajian para pelajar.
Peringkat 100
Peringkat 200
Peringkat 300