Skip to main content

Doktor Falsafah

Program ini bertujuan memenuhi aspirasi pelajar pascasiswazah dalam meneruskan pengajian menyeluruh dalam bidang sejarah. Program ini menyediakan pelajar untuk menceburi profesion sebagai guru, ahli akademik, kurator muzium, pegawai arkib dan sektor-sektor lain yang memerlukan kemahiran dalam penyelidikan dan analisis.

Bidang penyelidikan yang ditawarkan adalah sangat luas melibatkan topik-topik dalam Sejarah Malaysia, Sejarah Asia Tenggara, Sejarah Asia Barat, Sejarah Asia Timur dan Sejarah Eropah. Para pelajar boleh merangka topik penyelidikan yang bersesuaian dengan skop kepakaran para pensyarah yang akan bertindak sebagai penyelia.


Keperluan Kemasukan

Pemohon hendaklah memiliki satu daripada yang berikut:

  • Ijazah Sarjana dengan mod penyelidikan; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dengan PNGK 3.00/4; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dengan PNGK 2.50-2.99/4 dengan keperluan tambahan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.67/4 (jalan pantas ke PhD)

Keperluan Bahasa

(Terpakai bagi Pemohon Antarabangsa Sahaja)

Skor minimum bagi setiap program mungkin berbeza daripada senarai di bawah. Calon dikehendaki menyemak setiap keperluan program.

  • Band minimum 5 untuk IELTS; atau
  • Skor minimum 40 untuk TOEFL (berasaskan Internet); atau
  • Band minimum 7.5 untuk TOEFL Essentials (Dalam Talian); atau
  • Skor minimum 154 untuk Bahasa Inggeris Cambridge: Advance (CAE)/Proficiency (CPE) /Preliminary (PET) /First (FCE)/ Linguaskill Online markah minimum 154; atau
  • Skor minimum 47 untuk Pearson Test of English (PTE); atau
  • Band minimum 109 untuk Tahap CIEP (ELS); atau
  • Band minimum 3.5 untuk Malaysian University English Test (MUET)

Pengecualian diberikan kepada calon jika:

  • Bahasa Inggeris ialah bahasa ibunda atau bahasa kebangsaan calon; atau
  • Calon lulusan Institusi Pengajian Tinggi yang bahasa pengantarnya pada peringkat Sarjana Muda dan/atau Ijazah Sarjana ialah bahasa Inggeris (bukti diperlukan)

Tempoh Pengajian

  • Sepenuh masa: Minimum 4 semester / Maksimum 10 semester
  • Sambilan: Minimum 6 semester / Maksimum 15 semester