Bahagian Sejarah - Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan [ USM ]

PROJEK “THE HAJJ HERITAGE IN PENANG” 2017-2018

Pengkisahan dan Pameran Warisan Haji Pulau Pinang Era Pelayaran Kapal Laut merupakan hasil penyelidikan yang dijalankan di bawah geran berjudul “The Hajj Heritage in Penang”, tajaan Thinkcity pada 2017. Geran penyelidikan ini diketuai oleh Profesor Dr. Mahani Musa dari Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang awam tentang peranan dan sumbangan Pulau Pinang dalam sejarah haji di negara ini.

Program ini telah diadakan pada 14 April 2018 di Bangunan No.57, Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang dan merupakan anjuran bersama Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, (USM), Bahagian Malaysiana dan Arkib, Perpustakaan Hamzah Sendut USM dan Muzium Negeri Pulau Pinang. Program ini mendapat sambutan ramai dengan kehadiran pelajar Universiti, pelajar sekolah, badan-badan bukan kerajaan, penyelidik bebas, pensyarah, orang awam termasuk dari Perak, Selangor, Kedah dan Singapura. Pameran Warisan Haji yang diadakan di tempat yang sama dan berlanjutan sehingga 14 Julai 2018 juga mendapat sambutan ramai.

thun

***********************************
indnex Brosur Pameran Haji
[PDF]

indnex Booklet Pameran Haji LMNPP [PDF]

***********************************

  • Hits: 28

Bahagian Sejarah,
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia

cont 02: + 604-6533888
fax: + 604-6563707
cont 03: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.