Seminar Kebangsaan 2022
Seminar kebangsaan “Islam Dalam Arus Sejarah, Perubahan Masyarakat, Dan Perjuangan Politik Di Malaysia 2022” yang bertema “MENGANGKAT PERANAN ISLAM DALAM ARUS SEJARAH” merupakan sebahagian projek yang dilaksanakan dalam matlamat untuk memasyarakatkan ilmu sejarah secara meluas. Ia bertujuan untuk menghimpunkan seluruh warga sarjana, pengkaji sejarah, siswa siswi, peminat dan pendidik sejarah, bahkan seluruh anggota masyarakat, untuk bersama-sama berkongsi minat serta menjana idea-idea baharu dalam penyelidikan sejarah di Malaysia yang masih belum diterokai sepenuhnya.
Tema yang dipilih iaitu peranan dan sumbangan Islam dalam arus perubahan sejarah adalah sebagai satu usaha untuk menilai semula kedudukan serta peranan Islam dalam arus sejarah yang hingga kini masih belum diberi ruang yang mencukupi dalam perbincangan sejarah. Banyak juga aspek yang berkaitan dengan isu-isu agama yang menjadi bahan perdebatan dan kekeliruan kerana kegagalan kefahaman sejarah diberikan tentang kepentingan Islam dalam perkembangan sejarah. Bahkan peranan yang dimainkan oleh arus tengah, iaitu kelompok, organisasi, media serta kepimpinan Islam yang tersendiri dalam arus politik masih perlu diberikan pendedahan khususnya dalam aspek perkembangan sejarah hingga kini yang masih terlalu menonjolkan aspek peranan arus kanan dan kiri dalam sejarah.
Atas kesedaran inilah, maka Bahagian Sejarah PPIK bersama dengan Bahagian Sejarah PPPJJ, Bahagian Sains Politik PPPJJ, serta pihak penaja iaitu Penang Institute dan Penerbit USM telah mengambil inisiatif bagi mengadakan seminar ini yang merupakan salah satu siri dalam Siri Seminar Naratif Baharu Sejarah Malaysia yang dicadang diadakan sebanyak empat kali dengan pelbagai tena bagi sepanjang tahun 2022. Topik utama yang akan dibincangkan, selain Islam dan peranannya dalam arus sejarah, akan mencakupi topik-topik penting yang menjadi tumpuan masyarakat melibatkan isu-isu politik, sosioekonomi dan persejarahan. Dalam siri awal ini, seminar Islam dalam arus sejarah akan menghimpunkan seluruh warga Malaysia dalam satu perkongsian ilmu yang sangat signifikan dan kritikal dalam masyarakat.
Selain mengadakan wacana dan seminar bagi meluruskan kembali kefahaman sejarah tentang peranan Islam dalam pelbagai aspek, matlamat paling utama seminar ini diadakan ialah bagi menyumbang kepada terbinanya pemikiran baharu dalam tafsiran sejarah dan membuka ruang kepada penerbitan bermutu tentang tema ini, yang telah begitu lama menarik perhatian dan menjadi sumber wacana serta perdebatan yang tidak habis-habis dalam proses pengukuhan bangsa dan peradaban di Malaysia.
OBJEKTIF
1. Menyediakan satu forum yang dapat menghimpunkan pakar pelbagai bidang dalam menjana idea dan mengembangkan tafsiran yang lebih jelas tentang peranan serta sumbangan kepimpinan dan institusi agama dalam perubahan sejarah.
2. Menyebarluaskan lagi kefahaman dan minat sejarah kepada seluruh ahli masyarakat khususnya generasi muda melalui ruang media sosial yang luas mengenai peranan Islam dalam arus sejarah di Malaysia.
3. Meneroka potensi-potensi baharu dalam memperkasakan pengkajian dan penerbitan dalam disiplin sejarah, khususnya menyentuh aspek-aspek yang berkisar peranan dimainkan oleh tokoh, masyarakat bawahan, organisasi mahupun institusi yang berhubung kait dengan Islam.
4. Mengenalpasti dan membuka ruang kepada bentuk-bentuk kerjasama dalam penyelidikan yang merentas bidang yang sesuai demi memperkasakan lagi disiplin sejarah.
TEMA
PENYERTAAN
Setiap penyertaan adalah secara percuma. Para pembentang akan akan diberikan sijil dan prosiding dlm bentuk salinan PDF. Kertas-kertas yang lengkap dan bermutu akan dinilai dan dipertimbangkan untuk diterbitkan sebagai artikel dalam jurnal SCOPUS atau bab-bab dalam buku di bawah Penerbit USM.
Semua kertas kerja yang dihantar mestilah mengikuti sepenuhnya template yang digunakan dalam jurnal Kajian Malaysia.
Template tersebut boleh didapati dalam pautan berikut:
http://web.usm.my/km/KM template 2021_NAA_2.9.2021.doc
TARIKH-TARIKH PENTING
1 Mac 2022 (Penyerahan cadangan tajuk, abstrak dan maklumat pembentang)
15 Mei 2022 (Penyerahan Kertas Kerja Penuh dan Penilaian utk Kelulusan)
26-28 Mei 2022 (Pembentangan Kertas Kerja)
30 Jun 2022 (Penyerahan Artikel/Bab Buku untuk pertimbangan Penerbitan)
SASARAN PENERBITAN:
Jurnal Scopus: Kajian Malaysia/Kemanusiaan: The Asian Journal of Humanities (Bergantung kepada proses biasa) dan bab-bab dalam buku suntingan (Penerbit USM) Semua dijemput menyertai.
Tajuk, Abstrak dan maklumat penuh peserta boleh dihantar (sebelum 1 Mac 2022) kepada emel berikut:
DR. AZMI ARIFIN
PENGARAH PROJEK
Seminar Kebangsaan Islam Dalam Arus Sejarah, Perubahan Masyarakat, Dan Perjuangan Politik Di Malaysia 2022
POSTER SEMINAR
[KLIK POSTER UNTUK MUAT TURUN]
- Hits: 75